(Asrama, Pusat Kebajikan & Pendidikan)
Untuk Anak Yatim, Anak Fakir Miskin, Orang Kurang Upaya & Asnaf.
Pengenalan.
Rumah Siraman Kasih (RSK) merupakansebuah rumah kebajikan yang menaungi seramai 45 orang anak yatim, anak fakir miskin serta anak dari "broken family" & hampir seramai 100 anak-anak dari kelompok yang sama yang merupakan golongan asnaf (layak menerima zakat).
Diasaskan oleh Puan Hajjah Kamariah bt. Yaakob, pesara guru sekolah kerajaan yang berhasrat menjadikan RSK sebagai pusat membela kelompok anak-anak kecil yang sebegini.
Mula beroperasi pada 2007 & didaftarkan pada Januari 2008.
Aktiviti & Perkhidmatan,
- mendapatkan dana untuk kos rawatan, penjagaan & sebagainya.
- pusat pengumpulan & aguhan bantuan berupa makanan asas, pakaian & lain-lain barangan.
- mengadakan kelas-kelas fardhu ain, pengajian agama, khidmat kaunseling & sebagainya.
- menganjurkan aktiviti rehlah, program pengisian rohani, persembahan sebagainya.
Anggaran Perbelanjaan Sebulan.
- Sewa rumah (2 unit) RM1,250.00
- Bil air & letrik RM 600.00
- Makanan 45 x RM8 x 30 hari RM9,450.00
- Belanja sekolah 45 x RM2 x 22 hari RM1,980.00
- Barangan keperluan diri RM 800.00
- Pengangkutan RM2,400.00
- Rawatan kesihatan RM 450.00
- Saguhati petugas (RM450 x 6) RM2,700.00
- Pengurusan RM 400.00
- Lain-lain perbelanjaan RM1,000.00 (maintenance & kecemasan)
Jumlah keseluruhan : RM21,130.00
Bantuan lain yang diperlukan.
- Kenderaan seperti Van / Coaster / MPV / Bas.
- Barangan elektrik.
- Kelengkapan ibadah.
- Peralatan dapur.
- Bahan bacaan.
- Pakaian biasa & pakaian sekolah.
- Kelengkapan bersih/kemas diri.
- Kelengkapan tidur.
- Bahan makanan asas.
Segala sumbangan boleh dibuat secara mingguan, bulanan atau tahunan.
Kepada tuan / puan diharap agar dapat menyalurkan secebis sumbangan kepada:
Rumah Siraman Kasih
No. Akaun Maybank: 562012003129
Apa ada pada sedekah RM10.00 sebulan berbanding dengan kelebihan balasan daripada Tuhan... Wallahualam.
0 comments:
Post a Comment